Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

+ Lelaki Yg Mana?+

Tak banyak yg perlu kita fikir tuk mencari lelaki yg mana tuk masa depan.
Cuma pertimbangkanlah ape yg paling penting tuk seimbangan perkara dunia dan juga akhirat.

1.Carilah lelaki yg ada pegangan amalnya.
2.Carilah lelaki yg punyai iman didadanya.
3.Carilah lelaki yg cukup ilmu difikirannya.

dan yg paling penting.

4.Carilah lelaki yg dapat menjaga maruahmu sebelum dan juga selepas kahwin.

InsyaAllah. Tuhan pasti memberkati hubungan kamu.

Friday, September 24, 2010

+ Tiup air panas? +

Amy..
Ko tanye haritukan nape kite tak digalakkan tiup air minumam yg panaskan?
Mengikut sunnah Nabi SAW, perbuatan tuh makruh.
Tapi meh kite tgk dari segi sains plak.
Aku dapat info ni dari web mane tah. Lupe nak save link.
Ni sedikit sebanyak penerangan dia yg aku paham.
Yang kite tahu, molekul bagi air ialah H2O.
Manakala molekul bagi Carbon Dioksida ialah CO2.
Bila kedua-dua molekul ni di cantum, di gabungkan, bercantum dan juga bergabung (dalam ciri kimia yep), so akan terbentuklah molekul hasil dari penggabungan tuh dinamakan molekul H2CO3.
H2CO3 atau nama saintifik dia hydrogen peroxide.
hydrogen peroxide + carbon monoxide akan menghasilkan asid karboksilik atau Carbonic asid.
Asid karbosilik ni adalah sejenis asid lemah dan boleh memudaratkan badan.
Yela kan..cam kite hembus nafas..yg keluar kn adelah carbon dioxide.
So ibarat yg kite hembus-hembus tuh tak berapa elok lar..huhu
Sebab tuh nabi ade berpesan, jangan tiup minumam ke arah minumam tuh.
Sebabnye hembusan kite adelah CO2, sedikit demi sedikit akan terhasillah asid kabosilik lam air lau korang hembus air tuh.
Asid dia tak banyak tapi lama-lama boleh memberi kesan pada tubuh dan akan memudaratkan dalam perut kita.
Bukan sekarang tau napak efek dia..lagi beberapa tahun mungkin.

Takat tu jela yg aku tahu n aku paham..
Sekian, ws.

Wednesday, September 15, 2010

+ 6 Perkara Yg Tak Patut Didedahkan kat FB +

Tarikh lahir dan Tempat lahir
Lau nak bgtau tarikh lahir tuh boleh, tapi elakkan berserta tahun. Sebabnye itu adelah risiko paling besar untuk orang mencuri data kewangan dan ape jua data berkaitan kamu. Place of birth ngan date of birth adelah benda yg paling senang org nk predict and senang jugelah org nk menggunakan nye tanpa pengetahuan kamu.

Vacation Plans
There may be a better way to say "Rob me, please" than posting something along the lines of: "Count-down to Maui! Two days and Ritz Carlton, here we come!" on Twitter. But it's hard to think of one. Post the photos on Facebook when you return, if you like. But don't invite criminals in by telling them specifically when you'll be gone. Jangan lar weh. Kang nnt ade balik vacation bebarang kat umah dh yilek.

Home Address
Ni lagi satu. Nak cari pasai ngan penjenayah, penjahat, pencurik, perompak, perogol, segala jenis per lah letak lar weh. Tapi lau xnak cari pasai toksah lar ngengada2 nak letak. Ade lagi tapi ni..tapi lau korang sure rerakan korang sume baek2 blako..xpo lar..go ahek. Lau ko nak pos kad kawen ko kat fb leh lar. Tapi itu pun semacam was2 aje. Hahaha..

Confessionals
You may hate your job; lie on your taxes; or be a recreational user of illicit drugs, but this is no place to confess. Employers commonly peruse social networking sites to determine who to hire and, sometimes, who to fire. Yang penting..lau keje tuh..jgn ler misuse fb nih..kang naye je kene fired free2.

Password Clues
If you've got online accounts, you've probably answered a dozen different security questions, telling your bank or brokerage firm your Mom's maiden name; or the name of your favorite song. Got that same stuff on the information page of your Facebook profile? You're giving crooks an easy way to guess your passwords.

Risky Behaviors

You take your classic Camaro out for street racing, soar above the hills in a hang glider, or smoke like a chimney? Insurers are increasingly turning to the web to figure out whether their applicants and customers are putting their lives or property at risk, according to Insure.com. So far, there's no efficient way to collect the data, so cancellations and rate hikes are rare. But the technology is fast evolving, according to a paper written by Celent, a financial services research and consulting firm.


Dipetik dari,

Yahoo.com
by Kathy Kristof on
Tuesday, September 14, 2010

Wednesday, August 25, 2010

+ Syukur itu Keperluan +

Assalamualaikum kwn2,


Harini aku macam terpanggil untuk menulis entry ni.
Tak tau lar sebab ape.
Mungkin setelah 15 hari berpuasa.
Mungkin juga sbb umurku yg bakal mencecah 25 ni

Syukur. Iyep..syukur ditujukan ikhlas pada-Nya.

Syukur itu adalah ibadah. Aku bukan nk ceramah yea kwn2, aku cuma nk share.
Kadang kala kite alpa, kadang kala kite hidup dalam gelisah, dalam ketakutan, hidup dibayangi perkara2 yg sepatut kite nikmati tapi kite maseh tak dapat merasakannya. Sy pernah rasa. Anda pernah?

Itu semua terjadi sebab kite tak pernah atau terlupa untuk bersyukur.
Dan baru aku tersedar dgn segala2nya yg aku kadang kala aku terlupa untuk bersyukur.
Dan aku sedar yg semua aku dapat adalah dari-Nya.


Aku bersyukur pada-Nya sbb Ramadhan tahun ni aku masih lagi bernafas.
Aku bersyukur pada-Nya sbb masa ni, waktu ni aku masih ada masa untuk menikmati segala bentuk dan jenis makanan berbanding org yg susah diluar sana.
Aku bersyukur pada-Nya kerana aku maseh merasa keindahan bulan Ramadhan
Aku bersyukur pada-Nya dengan segala bentuk dugaan yg aku dapat tak kesah lar dari segi fizikal dan juga mental.
Aku bersyukur pada-Nya walaupun Dia maseh memberi aku dengan bermacam-macam halangan untuk membuatkan aku sedar yg kita hidup di tempat dia bukan percuma.
Aku bersyukur pada-Nya kerana aku maseh dikurniakan kudrat tenaga dan juga mental untuk aku melaksanakan tugas harian aku.
Aku bersyukur pada-Nya walaupun aku diberikan sakit tp aku maseh mampu untuk pulih juga dengan bantuan-Nya.
Aku bersyukur pada-Nya aku masih punya keluarga, yg tersayang dan juga rakan untuk aku menghadapi hari2 akan datang. Tanpa mereka yg dikurniakan oleh-Nya pudar la hidup sehari2 aku.

Byk lagi sebab2 yg tak dapat aku tulis kenapa kite sebagai hamba-Nya perlu bersyukur diatas apa yg kita dapat.
Dan aku juga sebagai hamba-Nya  selalu mengingat kan diri sendiri yg semua datang kepada kite adalah datang dari-Nya.
Pada setiap kita yg menkufuri nikmat-Nya, disitu jugalah kita akan mendapat seksaan dan bermacam2 seksaan laen contoh yg terdekat malam ni kite rasa bahagia bercinta tp besok pagi sudah lenyap, mlm ni dapat untung banyak tp esok sudah lenyap semua nya.
Amatlah senang Allah untuk menarik balik dan mengubah semua itu.
Igtlah dan pikirlah..
Kenapa Allah harus menurunkan bala kalau kita maseh mensyukuri nikmat-Nya.
Bersyukurlah kepada-Nya maka Dia akan memberi balasan yg baek buat kepada kita? Boleh kan?

~You may work harder, but one thing for sure, always remember that all you have had now is all from God.~

Wednesday, August 11, 2010

+ Mengharap +

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini lebey bermakna dari bulan Ramadhan sebelomnye..

Tahun ni tahun kedua aku berpuasa bersama si dia..

Aku harap sgt2 tahun2 ini dan tahun2 seterusnya akan lebey bermakna bersama dia..

Bukan saje bulan pose begitu jgk Raya and pape jua keadaan..

Moga tahun ni aku dapat berpuasa penuh..InsyaALLAH..

Moga jugak..tahun ni aku dpt mengutip pahala puasa yg banyak..

Walopun aku xberapa rajin terawih tp aku leh pungut pahala dgn cara len..InsyaALLAH jgk..

Tuhan..

Tolong daku..

Ampuni kesalahan laluku..

Aku ku cuba menghadapi segalanya yg mendatang..

Tetapkanlah Ilmu, Iman dan Amal ku..

InsyaALLAH..

Salam Ramadhan semua..

Saturday, July 3, 2010

+ Racun & Penawar +

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyka lima kali......

1.Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca al-Quran.
2.Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3.Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4.Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5.Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhamamadar Rasulullah", supaya kamu mendapat jawapan kepadanya.

Lima jenis racun dan lima penawarnya..........

1.Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2.Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3.Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4.Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5.Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

1.Ibu dari segala UBAT adalah sedikit IMAN.
2.Ibu dari segala ADAB adalah sedikit BERBICARA.
3.Ibu dari segala IBADAT adalah takut buat DOSA.
4.Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR.

Monday, December 21, 2009

+ 10 Petanda Yg Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita +

Gunakan seluruh pancaindera. Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berpura-pura. Coba perhatikan cara dia berpakaian, cara bicara, cara ketawa serta cara makan dan minum. Apakah ia spontan atau kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang nyaman dengan gayanya, mungkin dia sedang berpura-pura. Kadang-kadang, kita mendapat kesan dia sedang berpura-pura. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi obat kedukaan kita.

Dia juga dapat merasakannya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

Wednesday, December 16, 2009

+ Seronok Tapi Mendatangkan Keburukan +

Sesungguhnya di dalam kehidupan kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyoronokkan. Sesungguhnya yang menyeronokkan itulah yang mendatangkan keburukan kepada diri kita. Di bawah ini adalah antara perkara-perkara yang sepatutnya kita hindari, fikirkan dan ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:

1. Jangan sengaja melewatkan solat kerana perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa alas kaki ( selipar ) kerana dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing, makruh kerana ianya membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh, makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat.
6. Jangan makan tanpa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan doa makan, nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar dari rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan,takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan begaul bebas berlebihan (terutamanya wanita) ditempat kerja kerana banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat kerana mati boleh datang bila-bila masa sahaja.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau kita memang bersalah kerana bermaafan sesama manusia adalah tuntutan agama.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana ia akan merosakkan silaturrahim.
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja yang kita lakukan. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah kerana dengan bersedekah itu dapat memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan oleh Allah s.w.t
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, kerana akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu makanan jin.
22. Jangan lupa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan salam ketika masuk ke dalam rumah kerana dikhuatiri jin dan syaitan akan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan sama sekali mempertikaikan hukum Islam kerana sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui segalanya.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan hambaNYA jua.

Wallau a'lam..

Thursday, December 10, 2009

+ Bawalah Bekalan Ini +

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Ada tujuh golongan orang yang dikurniakan Allah naungan di Padang Mahsyar iaitu pemimpin yang adil, pemuda yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid, dua orang yang cinta mencintai kerana Allah, orang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi sehingga mengalir air matanya kerana takutkan Allah, seorang lelaki yang menolak ajakan seorang wanita cantik dengan berkata : aku takutkan Allah dan orang yang bersedekah yang dapat menyembunyikan sedekahnya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya."

Share Quote

Firman ALLAH S.W.T :-

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:153)
Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers