Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

+ Mati suda nyawa kedua ku +

Tarikh kematian : 29.06.10
Waktu : Lam kui 5.30 ptg gitu
Sebab kematian : Patah bingkai, 3 thn dh umonye (tua dh), skru bingkai longgar2 lutut
Kawasan pengebumian : xde idea nk uat kat ne..igt nk uat kat Focus Point..buleh?
end!


Friday, August 14, 2009

+ Pergi +



Dia merinduimu dan menjemputmu sebelum aku...
Wajarnya aku cemburu...
Entah bila pula giliranku?
Tugasmu telah sempurna...
Bertemulah Cinta Agungmu yang saban hari didambakan...
Hilangkanlah rindumu dulu...
Pastinya kami juga bakal menyusul kesitu..
Al-Fatihah...buat yg pergi dan takkan kembali..

Sunday, June 14, 2009

+ Celakaw +


Kepala hotak punye blog..


http://ladyandshawls.blogspot.com

Aku dah kene tipu..

Ko dah siap delete blog ko yer..

Ko tipu org dan aku hidup2..

Tuhan Maha Kuasa..

Tak aman hidup korang..

SAMPAI MATI!!!

Sumpah lepas ni aku takkan beli pape brg online lagi!

Friday, April 24, 2009

+ Takziah Untuk K.Long +

Cerita ni di ambil dari..
http://ondscene.via.my/2009/04/penunggang-motosikal-maut-di-lorong.html
Kredit untuk ondscene..
Pinjam citer sat..
__________________________________________________________________

KM 297-4
Lebuhraya KL Seremban
Arah Kuala Lumpur
Selepas susur Bangi
23 April, 2009
kira-kira jam 5-15 petang

Masih ramai yang tidak mengetahui atau sudah mengetahui , tetapi tetap menggunakannya.
Lorong kecemasan adalah semata-mata untuk tujuan kecemasan, dan melalui lorong kecemasan tanpa sebarang tujuan atau atas sebab-sebab kecemasan, adalah merupakan satu kesalahan.
Dan di lebuhraya, jika tiada lorong motosikal, bukan bermakna anda boleh menggunakan lorong kecemasan.

Penunggang motosikal boleh menunggang di lorong paling kiri.
Dan jika anda memandu/menunggang di lorong kecemasan tanpa sebab, kemudian anda terbabit dalam kemalangan, kesalahan adalah terletak pada anda.

Tetapi di negara ini, biasanya 'kelonggaran' diberikan kepada penunggang motosikal, asalkan tidak berlaku apa-apa.
Malangnya, jika berlaku apa-apa, maka di sinilah implikasi undang-undang akan berkuatkuasa akan kejadian yang berlaku.

Di lorong kecemasan jugalah biasanya berlaku kes-kes potong Q terutama apabila berlaku kesesakan, kerana ada pemandu kereta yang tidak pedulikan fungsi lorong kecemasan.
Dalam kes ini, pemandu lori 'pickup' ini berhenti di lorong kecemasan setelah kenderaannya mengalami masalah enjin.
Pemandunya kemudian turun dan menuju ke arah telefon kecemasan lebuhraya.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5-15 petang di KM 297-4 Lebuhraya KL-Seremban arah Kuala Lumpur selepas susur bangi.
Bagaimanapun, tiba-tiba sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang laju, terus merempuh sisi belakang sebelah kanan lori terbabit.
Akibatnya, mangsa yang cedera parah di muka tercampak ke atas lebuhraya.
Azhri Halib, 24 tahun, maut di tempat kejadian.
Mangsa beralamat di No. 31 Kg Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan.
Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Suptritendan Che Husin menasihatkan pengguna jalanraya tidak sewenang-wenangnya menggunakan lorong kecemasan.
Beberapa kes membabitkan kematian dicatatkan apabila kenderaan merempuh kenderaan yang berada di lorong kecemasan setelah mengalami kerosakan.
__________________________________________________________________

Kejadian yang melibatkan kekasih kakak aku..
Semalam..
Akak aku menangis teruk..
Takziah untuk keluarga mangsa dan akak aku..
Tabah kan hati..
Dan pada semua penunggang motorsikal..
Berhati-hatilah..
Tapi kalau sudah di situ ajalnya..
Hurmm..
~Innalillah~

Share Quote

Firman ALLAH S.W.T :-

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:153)
Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers