Showing posts with label Sabda Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Sabda Rasulullah. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

+ Oh Raya Haji +

Assalamualaikum semua,

Hye sume, mari dekat..mari dekat. Nak cerita ni. Safra tak balik umah or kampung or bandar Raya Haji ni (ceh..apela safra ni, padahal ramai ag org tak balik kg..ko igt ko sorang je ke beraya diperantauan..hahaha). Safra dok dan juge beraya di umah sewanye di KL saje sempena exam pada keesokan hari Raya itu. Oh sungguh sedey. Tak dapat beraya bersama keluarga tersayang. Dah lar diaorg balik Kuantan berkumpul dan beraya disane, huhu. Cane Safra nak menghadapi Takbir pada hari raya tanpa keluarga disisi. Sumpah tak penah lagi beraya diperantauan dan sensorang tanpa family camni.

"Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya  dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari  tasyrik"

Sedeynye. Tapi ape nak dibuat. Ni lah yang dinamakan pengorbanan, dah nama Hari Raya Korban kan. So pengorbanan tuh wajib tuk kite menyucikan hati, jiwa dan diri. Tak kire lah ape jua pengorbanan yang korang tempuh, tempuh lah dengan indah, jangan merungut, merengek, Tuhan bagi semua tuh ader sebab. Demi perjuangan yang belom selesai ni, kugagah kan juga diri mengharungi semua. Sikit je lagi Safra. Dah menuju ke hujung puncak dah ni. Pasni setel. InsyaALLAH. Takpe lah eh kengkawan semua,raya-raya tahun seterusnya kan ader lagi, InsyaALLAH.


"Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga, ulama menyatakan :

"وَمَنْ أَرَادَ الصَّلاَحَ وَاْلإِصْلاَحَ وَالْمَجْدَ وَالْعِزَّ بِغَيْرِ جِهَادٍ وَتَضْحِيَّةٍ فَهُوَ حَالِمٌ وَاهِمٌ."

Yang bermaksud : " siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong "."


Selamat Menempuh Peperiksaan dan Selamat Hari Raya Aidiladha

Friday, September 24, 2010

+ Tiup air panas? +

Amy..
Ko tanye haritukan nape kite tak digalakkan tiup air minumam yg panaskan?
Mengikut sunnah Nabi SAW, perbuatan tuh makruh.
Tapi meh kite tgk dari segi sains plak.
Aku dapat info ni dari web mane tah. Lupe nak save link.
Ni sedikit sebanyak penerangan dia yg aku paham.
Yang kite tahu, molekul bagi air ialah H2O.
Manakala molekul bagi Carbon Dioksida ialah CO2.
Bila kedua-dua molekul ni di cantum, di gabungkan, bercantum dan juga bergabung (dalam ciri kimia yep), so akan terbentuklah molekul hasil dari penggabungan tuh dinamakan molekul H2CO3.
H2CO3 atau nama saintifik dia hydrogen peroxide.
hydrogen peroxide + carbon monoxide akan menghasilkan asid karboksilik atau Carbonic asid.
Asid karbosilik ni adalah sejenis asid lemah dan boleh memudaratkan badan.
Yela kan..cam kite hembus nafas..yg keluar kn adelah carbon dioxide.
So ibarat yg kite hembus-hembus tuh tak berapa elok lar..huhu
Sebab tuh nabi ade berpesan, jangan tiup minumam ke arah minumam tuh.
Sebabnye hembusan kite adelah CO2, sedikit demi sedikit akan terhasillah asid kabosilik lam air lau korang hembus air tuh.
Asid dia tak banyak tapi lama-lama boleh memberi kesan pada tubuh dan akan memudaratkan dalam perut kita.
Bukan sekarang tau napak efek dia..lagi beberapa tahun mungkin.

Takat tu jela yg aku tahu n aku paham..
Sekian, ws.

Wednesday, August 25, 2010

+ Syukur itu Keperluan +

Assalamualaikum kwn2,


Harini aku macam terpanggil untuk menulis entry ni.
Tak tau lar sebab ape.
Mungkin setelah 15 hari berpuasa.
Mungkin juga sbb umurku yg bakal mencecah 25 ni

Syukur. Iyep..syukur ditujukan ikhlas pada-Nya.

Syukur itu adalah ibadah. Aku bukan nk ceramah yea kwn2, aku cuma nk share.
Kadang kala kite alpa, kadang kala kite hidup dalam gelisah, dalam ketakutan, hidup dibayangi perkara2 yg sepatut kite nikmati tapi kite maseh tak dapat merasakannya. Sy pernah rasa. Anda pernah?

Itu semua terjadi sebab kite tak pernah atau terlupa untuk bersyukur.
Dan baru aku tersedar dgn segala2nya yg aku kadang kala aku terlupa untuk bersyukur.
Dan aku sedar yg semua aku dapat adalah dari-Nya.


Aku bersyukur pada-Nya sbb Ramadhan tahun ni aku masih lagi bernafas.
Aku bersyukur pada-Nya sbb masa ni, waktu ni aku masih ada masa untuk menikmati segala bentuk dan jenis makanan berbanding org yg susah diluar sana.
Aku bersyukur pada-Nya kerana aku maseh merasa keindahan bulan Ramadhan
Aku bersyukur pada-Nya dengan segala bentuk dugaan yg aku dapat tak kesah lar dari segi fizikal dan juga mental.
Aku bersyukur pada-Nya walaupun Dia maseh memberi aku dengan bermacam-macam halangan untuk membuatkan aku sedar yg kita hidup di tempat dia bukan percuma.
Aku bersyukur pada-Nya kerana aku maseh dikurniakan kudrat tenaga dan juga mental untuk aku melaksanakan tugas harian aku.
Aku bersyukur pada-Nya walaupun aku diberikan sakit tp aku maseh mampu untuk pulih juga dengan bantuan-Nya.
Aku bersyukur pada-Nya aku masih punya keluarga, yg tersayang dan juga rakan untuk aku menghadapi hari2 akan datang. Tanpa mereka yg dikurniakan oleh-Nya pudar la hidup sehari2 aku.

Byk lagi sebab2 yg tak dapat aku tulis kenapa kite sebagai hamba-Nya perlu bersyukur diatas apa yg kita dapat.
Dan aku juga sebagai hamba-Nya  selalu mengingat kan diri sendiri yg semua datang kepada kite adalah datang dari-Nya.
Pada setiap kita yg menkufuri nikmat-Nya, disitu jugalah kita akan mendapat seksaan dan bermacam2 seksaan laen contoh yg terdekat malam ni kite rasa bahagia bercinta tp besok pagi sudah lenyap, mlm ni dapat untung banyak tp esok sudah lenyap semua nya.
Amatlah senang Allah untuk menarik balik dan mengubah semua itu.
Igtlah dan pikirlah..
Kenapa Allah harus menurunkan bala kalau kita maseh mensyukuri nikmat-Nya.
Bersyukurlah kepada-Nya maka Dia akan memberi balasan yg baek buat kepada kita? Boleh kan?

~You may work harder, but one thing for sure, always remember that all you have had now is all from God.~

Friday, February 26, 2010

+ 7 Amalan +

Sabda Rasulullah S.A.W: "Barangsiapa yang menghafal dan mengamalkan 7 kalimah ini, nescaya akan dimuliakan Allah dan Malaikat dan di ampunkan dosanya walau sebanyak buih di lautan.."

1. Bismillahirrahmanirrahim - Di setiap kali hendak melakukan sesuatu

2. Alhamdulilah - Setiap kali habis melakukan sesuatu

3. Astaghfirullah - Jika tersilap melakukan sesuatu yang buruk

4. InsyAllah - Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang

5. Lahaulawalaquawwatailbillah - Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat/melihat sesuatu yang buruk

6. Innalillah - Jika mendapat musibah/melihat kematian

7. Laailaahaillallah - Bacalah sepanjang siang dan malam,sebanyak-banyaknya. Amalkan lah selalu semoga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah S.W.T

Sabda Rasulullah S.A.W:" Siapa yang menyampaikan sesuatu ilmu dan orang mengamalkannya, maka dia beroleh pahala walaupun sudah tiada.."

Friday, February 19, 2010

+ Sekadar Ingatan +


Telah bersabda Rasulullah saw bahawasanya: 

"Biasakan dirimu berdoa antara azan dan iqamat, sesungguhnya doa itu tidak akan ditolak."

Share Quote

Firman ALLAH S.W.T :-

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:153)
Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers