Friday, December 16, 2011

+ Tips Blackberry Sentiasa Lancar +

Hari ni kerja den kat opis cam kurang gitu..
Untuk memberkati hari yang mulia ni, meh kita sharing ilmu..
Post ni ditujukan khas buat pengguna Blackberry yer dan pada sesiapa yang tak tahu lagi..
If sesiapa yang dah tahu abaikan..
Meh kita amalkan agar smartphone aka semakpon Blackberry (BB) korang berjalan cepat, lancar dan supaya korang tak asyik memaki lam ati jer..

So bagi pengguna semakpon cam aku ni kadang-kadang akan mengalami situasi dimana berlaku ke"slow"an dalam melayari internet dan juga sebagainya..

Kat sini saya akan share tips atau caranya yer..

1. Tanggalkan bateri BB 2 -3 hari sekali dan biarkan sementara dalam masa 1 - 2 minit. Ini bertujuan untuk menghapuskan dan membuang baki file yang tidak digunakan akibat daripada process chatting ataupun browsing.

(ikhsan kamera cik fiza..hehe..tq)

2. Selalulah lakukan Clear Log Event dengan cara menekan ALT + L G L G, kemudian event log akan terpapar. Tekan logo menu BB, pilih Clear Log. 


(ikhsan kamera cik fiza lagi..tak clear sgt sbb theme i gune golap)

3. Selain itu, lakukan juga rutin Cleaning Memory


Bagi BB Torch dan seangkatan dengannya, pilih Options > Security > Advanced Security Setting > Memory Cleaning. Tandakan "enable" and then tekan Clean. 


Berbeza dgn BB Curve atau Bold dengan cara pilih Options > Security Options > Cleaning Memory. Tekan logo menu BB , tekan Clean Now.






4. Setiap 2 - 3 hari sekali juga lakukan Host Routing Table


Bagi BB Torch dan seangkatan dengannya, pilih Options > Device > Advanced System Setting > Host Routing Table. Tekan logo menu BB dan pilih Register Now.


Berbeza dgn BB Curve atau Bold dengan cara pilih Options >  Advanced Options >  Host Routing Table. Tekan logo menu BB , tekan  Register Now .



 



5. Last step, setiap 2 - 3 hari sekali juga lakukan Diagnostic Test. Sangat penting kerana inilah tersimpan bukti BB kita berhubung dengan operator, baik dari segi PIN, Email dan apa jua bentuk maklumat yang boleh  disimpan. 





Pilih Options > Mobile Network. Tekan logo menu BB dan pilih Diagnostic Test. Tekan sekali lagi logo menu BB , tekan  RUN. Biarkan process berjalan sehingga selesai. 
Jika hasil proses ada yang NO , ulangai lagi agar hasil semua YES ! 


p/s: Tuan punya blog ni pengguna BB Torch. So segala bagai instruction adalah mengikut Torch. hehe. Salah info or gambar harap dimaafkan lar yer.

2 comments:

lyza_kejora said...

ko wat ke seme bendalah ni saf oi???hihihi

Miss Sapera said...

Haah lar cik lija..haha..saje je nk bg traffic blog nek cket..

Share Quote

Firman ALLAH S.W.T :-

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:153)
Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers