Makanannye adelah seperti berikut :
1) Banyak makan epal yang masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Kat sini saya ade dapat 2 info tentang memakan kepala ikan yang mengatakan:
a) Seorang ustaz mengatakan..hanya ikan kecil saja yang boleh lupa jika ikan besar tidak. Pada dasarnya, sumber laut ini halal dimakan. Firman Allah swt :-
"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati  dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan  juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran" - [Surah al-Maa'idah : 96]
Nabi :saw menyatakan kepada kita bahawa adalah halal memakan ikan yang telah mati dari laut dan tidak ada bahagian yang dilarang memakannya, termasuklah dari bahagian badan, mata, ekor, kepala dan sebagainya.
b) Dari kekdah saintifiknye, makan kepala ikan memang akan memberi kesan terhadap kekuatan ingatan. Ini berdasarkan kepada kandungan merkuri yang terdapat atau terkumpul  didalam ikan tersebut. Merkuri adalah satu logam berat yang boleh  berubah bentuk samada dalam bentuk organik, tidak organik dan dalam  bentuk unsur semata-mata. Bahan ini sukar dikeluarkan apabila ianya  telah memasuki sistem badan.
Jadi, secara umumnya, ikan-ikan kecil akan memakan sisa merkuri ini  sepanjang hayatnya. tetapi ikan-ikan kecil ini pula akan dimakan oleh  ikan-ikan yang lebih besar dan kitaran ini terus berjalan sehinggalah  ikan yang ditangkap oleh nelayan. Jadi, lebih besar ikan tersebut, lebih  banyaklah kandungan merkuri yang terdapat didalamnya.
Secara khususnya, kandungan merkuri ini tidaklah banyak sangat sehingga  boleh membunuh kecuali tempat tersebut ada tumpahan atau pembuangan sisa  merkuri seperti kes di Teluk Minamata di Jepun, tetapi antara sifat  merkuri adalah ianya merosakkan sel saraf otak. Jadi mungkin ada  kebenaran yang makan kepala ikan akan mengundang kepada mudah lupa  kerana ikan mengumpul sisa merkuri di bahagian kepalanya.
Pengajaranya,  janganlah makan kepala ikan yang besar-besar tuh selalu sangat, lelebey  lagi bagi bebudak makan.
Semua sumber ni saya amek dari Syok.org.
 


1 comment:
tq sapera..
very infomatik.. ;)
Post a Comment