Nak, jadi perempuan kita harus pintar..
Agar tidak mudah terpedaya rayuan manis para lelaki..
Nak, kamu harus mampu bekerja, mencari nafkah dirimu sendiri..
Supaya tidak menggantung hidup mu pada orang lain..
Percantikkan dirimu, bercermin setiap hari..
Bukan untuk berdekat-dekat pada lelaki..
Tapi supaya kamu lebih percaya diri..
Dan ingat, rendah hati dan jangan jadi lupa diri, ya?
Nak, jika nanti kamu miliki suami..
Pastikan suami setia dan mencintaimu dengan segenap hati..
Jaga cinta kalian dan penuhi hatinya dengan dirimu..
Supaya tidak ada ruang untuk wanita lain mengisi kekosongannya..
Nak, ibu menyayangimu..
Cuma cinta dan kasih yang ibu punya..
Jaga dirimu baik-baik ya?
Jangan mahu disakiti dan jangan pernah menyakiti
Ibu tahu kamu pintar..
Ibu tahu kamu sabar..
Ibu bangga dapat membesarkanmu..
Dan memberi sepotong cinta yang ibu miliki..
2 comments:
mendalam giler nih...
nasihat ayah x der ker...
wahahahhaa... "D
To The Spathus :
eleh..mendalam ek..kasi hapdate belog kamu cpt..
Post a Comment