Ibu merupakan kata tersejuk yang dilafaz oleh bibir-bibir manusia.
Dan “Ibuku atau mak” merupakan sebutan terindah.
Kata yang semerbak cinta dan impian, manis dan syahdu yang bercahaya dari kedalaman jiwa.
Ibu adalah segalanya.Ibu adalah penegas kita dilaka lara, impian kita dalam badai, rujukan kita di kala nista.
Ibu adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi. Siapa pun yang kehilangan ibunya, maka akan kehilangan satu jiwa suci yang sentiasa merestui dan memberkatinya.
Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu. Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya.
Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak, syahdu terbang burung-burung dan sungai mengalir riang.
Bumi adalah ibu pepohon dan bunga. Bumi menumbuhkan, menjaga dan membesarkannya. Pohonan dan bungaan adalah ibu yang tulus memelihara dari akar terus ke buah yang memutik.
Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud.
Penuh cinta dan kedamaian.
Ibu..ku rindu mu.
4 comments:
sediiihh. aku jgak rindu mama aku.
kamu telah ditag sekali lagi
sila!sila!
ibu mu ibu ku jua...
leh tak...?
hehehe..
saya pun rindu ibu saya.
argh.. rasa nak ponteng kelas je ari ni.
ehehehe
To +h.a.z.e.r.i.n+ :
Aku setiap detik jarum saat merindui ahli keluarga ku espeseli mak..
To HASRI :
Huh?jap bg aku pikir 6 tahun..
To Morpheus and Diana :
Kamu rindu Puan Salmah kan?ahaks..
Post a Comment