Wednesday, June 6, 2012

+ Wali +

Information berkenaan wali. Untuk dikongsi bersama aku dan rakan-rakan.

Sumber : Wali

Wali ialah orang yang berkuasa penuh mengakadnikahkan seorang perempuan dengan bakal suaminya . Wali-wali itu haruslah melakukannya sendiri akad tersebut atau mewakilkannya kepada sesiapa sahaja sebagai sebagai Jurunikah.

Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.Segala urusan perkahwinan, penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin,barangan hantaran(hadiah), penyedian tempat berkahwin, jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar.

Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara.Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya.Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.

No comments:

Share Quote

Firman ALLAH S.W.T :-

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:153)
Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers