Menjaga org sakit merupakan satu tanggungjawab yang besar, amat murni dan seringkali mencabar.
Mmg terlalu mencabar sbb aku melaluinya..
Seminggu menemani nenek aku dihospital hanya ALLAH saja yg tahu..
Disebabkan itu, anak2 haruslah menjaga ibu bapa yg sakit..
Harus membuat anjakan pradigma dan membuat persediaan agar dpt menjaga org sakit dgn lebih sabar dan gigih..
Ada petua yg aku dpt dlm menjaga mereka yg sakit ini..
Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang dapat membantu mereka yang diamanahkan menjaga orang sakit.
1. Sentiasa berdoa agar diberi kesabaran dan pesakit yang diajaga tidak banayak ekrenah dan akan segera sembuh.
2. Bawa pesakit jumpa pakar untuk mendapat rawatan yang sewajarnya. Yakin bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya.
3. Bersihkan hati setiap hari dengan solat,istighfar, memaafkan semua orang, membaca al Quran dan bersedekah mengikut kemampuan.
4. Ubah suai dari segi persekitaran dari segi warna, hiasan,aroma dan sebagainya agar lebih selesa untuk pesakit dan perawat.
"Seorang Ibu Boleh menjaga 10 orang anak...10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu".
Bagi sesiapa yang pernah berdepan menjaga orang tua, pasti tahu bagaimana kerenah sesetengah warga tua. Namun bagi warga tua yang dah biasa solat dan Al Quran sebagai santapan rohani sehariannya, biasanya tidak banyak kerenahnya.
Begitu juga bagi yang menjaga orang sakit, sabar memang kena tinggi. Berkata sabar itu mudah namun nak melaksanakannya sukar apatah lagi mempertahankannya sehingga ke akhir hayat. Kita kena ingat, ada orang diuji dalam bentuk kesenangan, ada yang diuji dalam bentuk susah.
Bagi orang yang sakit, kenalah sabar juga dengan musibah yang menimpa. Bukankah sakit itu sebagai penghapus dosa kalau kita sabar? Orang yang menjaga kita tu pun dah besar tuah dah dia nak jaga kita. So,syukurlah pada Allah SWT.
2 comments:
kenangan menjaga org yg sakit..
mmg x kan dilupakan..(menjaga arwah nenek dan makcik)
menjadi titik tolak utk berbakti pada dua ibu bapa bila mereka tidak berdaya pula..
yerp btol..
menjaga org tersayang n espeseli yg telah pergi byk tinggalkan kenangan n pengalaman utk kita..
wink2..
Post a Comment