Mencintaimu hingga kini seperti berjalan di atas luka,
Seperti senja yang tergantikan pekat malam,
Mencintaimu hingga kini adalah mengelilingi berapinya gunung,
Mencari-cari jika wujudnya ubat pada hati,
Mencintaimu hingga kini adalah mengikat diri,
Dingin tak terperi menahan raga ku yang tak mampu berlari..
Entah indah, entah salah,
Kerana mencintaimu adalah ego ku yang menyembah kaki amarahmu,
Kerana mencintaimu adalah menghalalkan segala jenis dusta-dusta dari mulutmu..
Padahal mencintai ku mungkin tak pernah kau lakukan,
Meski salah, dusta kadang tampak indah,
Kau ragut semua pelangi berwarna indah,
Kau gantung warnanya,
Hingga aku nyaris mati disana…

No comments:
Post a Comment