Terlihat namun tak tersentuh,
Dekat namun tak terasa,
Sesusuk bayang gelap,
Sehembusan angin kecil,
Suara-suara riuh,
Pasti itu aku,
Aku bukan terindah,
Kerana aku tidak terlihat,
Kau mungkin tidak juga mendengarku,
Kerana aku hanyalah angin bertiup lalu,
Sebekas air yang kuberikan,
Takkan mampu menghilangkan dahagamu,
Lilin kecil yang kusuluh,
Takkan mampu menerangi istanamu,
Keindahanmu tak terletak,
Tapi ketegasanmu terukir jelas,
Biarkanlah waktu menjadi saksi,
Yang menatapku melukis mu,
Melihatku menulis syair kisahmu,
Mendengarku menyanjung tentangmu,
Aku hanyalah aku,
Yang bersimpuh dan memohon,
Bersyukur melihatmu,
Berterima kasih mendengar tawa Mu..
Dekat namun tak terasa,
Sesusuk bayang gelap,
Sehembusan angin kecil,
Suara-suara riuh,
Pasti itu aku,
Aku bukan terindah,
Kerana aku tidak terlihat,
Kau mungkin tidak juga mendengarku,
Kerana aku hanyalah angin bertiup lalu,
Sebekas air yang kuberikan,
Takkan mampu menghilangkan dahagamu,
Lilin kecil yang kusuluh,
Takkan mampu menerangi istanamu,
Keindahanmu tak terletak,
Tapi ketegasanmu terukir jelas,
Biarkanlah waktu menjadi saksi,
Yang menatapku melukis mu,
Melihatku menulis syair kisahmu,
Mendengarku menyanjung tentangmu,
Aku hanyalah aku,
Yang bersimpuh dan memohon,
Bersyukur melihatmu,
Berterima kasih mendengar tawa Mu..
No comments:
Post a Comment