Seorang lelaki bertanya pada langit,
Tentang gerimis turun tika lalu,
Ketika berlian hancur di mata,
Tersebar di tandus tanah sebagai duka,
Lelaki itu berang kerana langit tak henti berbadai,
Dimakinya bulan hingga tertunduk di lautan,
Dihalaunya gemintang hingga berjatuhan di semak belukar,
Lalu, lelaki itu disekap mendung diselubung malam..
No comments:
Post a Comment